Biro Pendidikan
Menyediakan maklumat tentang biasiswa dan pinjaman.
Menyediakan maklumat tentang IPTA dan IPTS dan kursus yang ditawarkan.

Biro Penyelidikan

Menjalankan tugas penyelidikan bagi pihak kerajaan dan BPN.

Biro Penerangan & Perhubungan

Bertanggungjawab memastikan perhubungan lancar antara ahli persatuan, persatuan dan masyarakat.

Biro Sukan

Melibatkan diri dalam aktiviti sukan anjuran kerajaan dan pihak swasta dan menganjurkan aktiviti sukan untuk ahli.

Biro Seni dan Budaya
Bertanggungjawab memelihara dan memupuk kepelbagaian seni dan budaya dalam konteks Bangsa Malaysia.

Biro Keahlian
Memperkenalkan ahli baru kepada PPN dan sebaliknya.

Biro Aduan

Bertanggungjawab memberi bantuan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang perkhidmatan berhubung dengan media dan guaman.

Biro Kebajikan

Bersedia memberi sumbangan sumber untuk keperluan kebajikan masyarakat.

Biro Hal Ehwal Wanita

Dibentuk untuk memelihara hak wanita dan memperjuangkan peranan wanita dalam masyarakat.